PN Perak didakwa bergolak, gagal kemuka calon Senator – Arafat

qrf

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Naib Pengerusi PKR Perak, Muhamad Arafat Varisai Mahamad mendakwa Perikatan Nasional (PN) sedang bergolak kerana gagal untuk mengemukakan nama calon bagi Senator di negeri ini.

“Saya difahamkan terdapat pergolakan berlaku dalam PN Perak sampai mereka tidak boleh mengemukakan nama calon (Senator) bagi pihak pembangkang di Perak.

“Mungkin selepas ini pembangkang boleh sebut kami (pembangkang) ada hantar borang tapi ditolak oleh Pejabat Speaker DUN Perak.

“Saya sendiri dapatkan maklumat daripada Pejabat Speaker DUN Perak, tanya bagaimana tiada calon daripada pembangkang dan difahamkan tiada nama nama dikemukakan cuma borang kosong sahaja,” dakwanya.

Beliau berkata kepada media selepas selesai Sidang DUN di Dewan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Khamis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta itu berkata kerajaan negeri sedia berada dalam keadaan stabil dan ini terbukti melalui Sidang DUN yang diadakan selama empat hari sejak Isnin lalu dan berakhir hari ini.

“Rakyat jangan percaya berita yang dikemukakan Ketua Pembangkang (Razman Zakaria). Apa yang saya sebut ini adalah bukti bahawa kerajaan negeri Perak stabil dan pelabur yakin (untuk melabur di negeri ini).

“Selain itu, rakyat jangan percaya perkara yang dibangkitkan pembangkang demi kepentingan politik mereka,” dakwanya lagi.

#PerakKini #SidangDunPerak #PN #bergolak #PH #RBZ

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *