PRK SLIM: MAKHAL SAKTI BERI SOKONGAN PADA BN

Oleh Intan Efazila Md Yusop

SLIM RIVER: Parti Makkal Sakti bahagian Tanjung Malim berikrar akan memberi sokongan penuh tanpa berbelah bahagi kepada calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil ( PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada 29 Ogos depan.

Ketua Parti Makkal Sakti bahagian Tanjung Malim, SK Rao, berkata parti ini mempunyai keahlian seramai 2250 ahli di bahagian Tanjung Malim dan di peringkat DUN Slim terdapat kira-kira 1235 ahli parti yang juga pengundi dalam PRK DUN Slim.

Katanya, beliau memberi jaminan bahawa 100 peratus ahli dan juga pengundi yang terdiri kaum India akan memberi sokongan dan mengundi calon BN yang diwakili UMNO.

” Kita yakin dan berani mengeluarkan kenyataan ini kerana selepas kerajaan BN tumbang dalam Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU 14) , pihak parti telah menjalankan soal selidik dan mendekati pengundi kaum India.

Ketua Parti Makkal Sakti Bahagian Tanjung Malim, SK Rao
Ketua Pemuda Parti Makkal Sakti Kebangsaan, A.Manimaran

” Hasilnya, kami mendapati segelintir kaum India memilih kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu kerana termakan janji manis pihak tertentu dan hasutan di media sosial,” katanya ketika ditemui ,dekat Slim River, hari ini.

Beliau yang juga Bendahari Parti Makkal Sakti Perak berkata, sejak itu pihak parti telah menjalankan pelbagai program dan turun padang mendekati kaum India secara afektif sebagai persediaan PRU Ke 15 untuk meraih kembali sokongan pengundi kaum India terutama pengundi atas pagar.

” Hasil gerak kerja parti selama dua tahun setengah untuk PRU Ke 15, tiba-tiba berlaku PRK DUN Slim apabila penyandangnya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia di Hospital Bentong ,Pahang pada 15 Julai lalu.

” Sebagai rakan BN, dengan gerak kerja mendekati pengundi yang dilakukan oleh pihak parti sebelum ini, iaitu selepas PRU Ke 14 , maka pihak parti tidak mempunyai masalah memastikan semua ahli parti terutama kaum India mengundi calon BN,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Parti Makkal Sakti bahagian merangkap Ketua Pemuda Parti Makkal Sakti Kebangsaan, A.Manimaran, berkata sebelum ini Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, Datuk Seri RS Thanenthiran mengarahkan semua pimpinan bahagian di seluruh negara turun padang mendekati pengundi kaum India sebagai persediaan PRU Ke15.

Katanya, berbekalkan gerak kerja mendekati pengundi kaum India terutama di DUN Slim , pihak parti yakin sekali ini pengundi kaum India terutama ahli parti akan memberi undi sepenuhnya kepada calon BN.

” Jentera Pemuda Makkal Sakti sudah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk membantu calon BN dalam menghadapi apa jua provokasi pihak pembangkang pada hari penamaan calon sehingga hari pengundian.

” Pihak parti juga akan menubuhkan Bilik Gerakan Khas untuk jentera parti bekerja di tempat yang strategik sebagai sokongan dan untuk membantu calon BN supaya menang dengan majoriti yang besar dalam PRK ini,” katanya.

Kerusi DUN Slim kosong berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai lalu di Hospital Bentong selepas mengadu kesukaran bernafas.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 lalu, beliau mengekalkan kerusi DUN Slim dengan majoriti 2,183 undi menentang calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang bertanding atas tiket PKR iaitu Mohd Amran Ibrahim
dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *