PRU15: Ahmad Faizal akan pertahan kerusi Parlimen Tambun

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkanPRU15: Ahmad Faizal akan pertahan kerusi Parlimen Tambun  bahawa akan terus mempertahankan kerusi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

“Dengan penuh rendah hati, saya ingin mengumumkan bahawa akan terus mempertahankan kerusi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum ke-15.

“Saya dan rakan- rakan sukarelawan serta pendokong Perikatan Nasional Tambun adalah merupakan anak jati Parlimen Tambun. Maka, kami beranggapan adalah menjadi satu tanggungjawab dan kewajipan untuk terus kekal berkhidmat di halaman kami sendiri.

“Atas prinsip dan semangat demokrasi, saya turut mengalu-alukan mana-mana individu yang berhasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen Tambun.

“Mudah-mudahan, kempen pada pilihan raya kali ini berjalan dengan telus dan adil sekaligus, memberi manfaat buat para pengundi di Tambun serta seluruh rakyat Malaysia,” katanya menerusi satu kenyataan media pada hari ini.

#PerakKini #PerikatanNasional #PN #tanding #Parlimen #Tambun #PRU15

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *