PRU15: Jangan tabur fitnah tanpa bukti

Foto SumberKini

@Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Parti Amanah Negara (Amanah) Perak kesal dengan video tular membabitkan calon Dewan Undangan Negeri (DUN),  Gunung Semanggol, Razman Zakaria yang didakwa berunsur fitnah.

Pengerusinya, Datuk Asmuni Awi berkata susulan video tular tersebut, pihaknya menggesa supaya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dan Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menyiasat dan meneliti ucapan dari Pesuruhjaya Pas Perak yang didakwa mencemar perjalanan PRU15.

Menurutnya, kempen-kempen berbaur fitnah perlu dihentikan kerana boleh memberi kesan besar kepada masyarakat.

“Sepatutnya beliau (Razman) fokus mengenai isu-isu rakyat seperti isu ekonomi, harga barang, kemiskinan dan sebagainya dan bukannya fitnah dan adu domba.

“Justeru, saya mengajak seluruh rakyat menolak calon-calon yang mengamalkan politik fitnah dan kebencian kerana ia tidak membawa apa-apa manfaat dan kebaikan kepada rakyat dan negara,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

#PerakKini #PakatanHarapan #PerikatanNasional #PRU15 #GunungSemanggol

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *