RASAI KENIKMATAN KAMBING BERASAP HANYA DI ISTANA KELLIE’S

BATU GAJAH – Kambing panggang berasap atau lebih dikenali ‘smoked lamb’ antara hidangan yang enak dimakan ketika masih panas dan kebiasaannya dari daging kambing biri-biri yang berumur kurang dari 1 tahun.

 

Dari aspek pemakanan , daging kambing kaya dengan sumber mineral seperti zat besi, zink ,kalsium ,selenium , kalium , tembaga dan magnesium serta pelbagai jenis vitamin B.

 

Majlis pelancaran Bufet Ramadan telah dilancarkan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah, Mohamad Razif Ahmad diiringi Pengarah Urusan Fest Imperio Sdn Bhd (FISB), Mohd Tsabit Abu Bakar bertempat di Auditorium Kellie’s Castle pada petang Selasa.

 

Razif berkata, harga bufet Ramadan bermula dari RM39 sehingga RM49 dan untuk menyemarakkan lagi bulan Ramadan bakal tiba, saya menyeru pengunjung datang ke Batu Gajah.

 

“Disini terdapat banyak tempat menarik seperti Taman Herba, Pusat Rekreasi Lubuk Timah, Rumah Lat, Escape TT5 dan banyak lagi tempat menarik.

 

“Buat julung kalinya pengunjung dapat berbuka puasa dengan menu utama ‘smoked lamb dan chicken boxing’ sambil melihat pemandangan Istana Kellie’s yang terkenal di negeri Perak”, ujar beliau.

 

Tukang masak berpengalaman, Asmadi Ahmad menambah, kaedah menyediakan ‘smoked lamb’ adalah seratus peratus menggunakan haba daripada kayu pokok rambutan sahaja.

 

“Bahan-bahan yang digunakan pastinya sangat berkualiti termasuklah ‘Autralian lamb’ yang digunakan dan penyediaan biasanya memerlukan masa sehingga 11 jam untuk disediakan.

 

“Datang dan rasai sendiri keenakan ‘smoked lamb’ hanya di Istana Kellie’s pada bulan Ramadan nanti”, katanya kepada Perak Kini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *