S Murugiah, calon bebas bertanding DUN Hulu Kinta

Oleh Rosdalilah Zahari
IPOH – Calon bebas, S Murugiah, 57, memberanikan diri sekali lagi untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kinta pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Anak jati Northward Tanjung Rambutan itu tiba di Pusat Penamaan Calon bagi Parlimen Tambun di Institut Latihan Perindustrian Ipoh pada jam 8.12 pagi.
Pada PRU14, beliau bertanding di DUN yang sama namun hilang deposit kerana hanya mampu memperoleh 217 undi.
#PerakKini #Bebas #PRU15
