SATU KESALAHAN UBAH LOGO PARTI- HAMZAH

IPOH– Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan agar pemimpin dan ahli-ahli politik tidak mempermainkan dan mengubahsuai logo parti kerana tindakan tegas boleh diambil ke atas mereka.
Katanya, logo mana-mana parti yang telah ditubuhkan adalah satu lambang yang seharusnya dihayati dan dipertahankan oleh setiap ahlinya.
“Kepada mereka yang mempermainkan logo parti bermakna mereka tidak menyayangi lambang parti mereka sendiri.
“Saya mengesyorkan agar mereka tidak melakukannya lagi kerana tindakan boleh diambil ke atas mereka,” katanya pada sidang media Majlis Penyampaian pangkat Posthumus, Skim Ex-Gratia Bencana Kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Faedah Terbitan Allahyarham Sarjan Safwan Mohamad Salleh kepada warisnya di Mes Pegawai Kanan Briged Utara, Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta, di sini hari ini.
Pada 16 Jun lepas, sebilangan penyokong Bersatu pro Tun Dr Mahathir Mohamad telah melancarkan kempen ‘blackout’ dengan menukar warna logo parti itu kepada warna hitam putih dan memuat naiknya di laman media sosial.
Sementara itu, Hamzah turut menafikan spekulasi kehadirannya di Sabah untuk bertemu ahli parlimen Parti Warisan Sabah (WARISAN) atas sebab-sebab politik seperti yang didakwa Pengarah Pendidikan Politik Nasional DAP Liew Chin Tong. Sebaliknya, beliau berkata pertemuan tersebut adalah atas urusannya sebagai Menteri Dalam Negeri bagi membantu pihak-pihak yang memerlukan.
“
