SIAPA BAGI ARAHAN SURUH SALAM

BAGAN SERAI– ” Siapa beri ‘green light’ untuk salam seperti pemain bola?
Demikian hujah Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berhubung salam bertemu ruas yang kian menjadi trend hari ini.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menggalakkan orang ramai bersalam-salaman termasuk salam bertemu ruas seperti yang diamalkan dibanyak tempat
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata pihak KKM tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak atau mengeluarkan sebarang kenyataan supaya mengamalkan salam dengan cara tersebut sebaliknya mahukan rakyat terus mengamalkan salam tunduk seperti yang disarankan KKM.
” KKM tidak pernah keluarkan kenyataan atau mengarahkan supaya rakyat bersalam seperti pemain bola.
” Siapa yang bagi ‘green light’ buat macam tu?
“KKM sentiasa menyarankan masyarakat teurs mengamalkan salam tunduk yang diamalkan sebelum ini dan bukannya salam bertemu ruasc, katanya kepada pemberita.



Beliau ditemui dalam sidang media selepas menyampaikan bantuan sumbangan prihatin Pertubuhan Tindakan dan Bantuan Tragedi Alam Malaysia (PERTIMA) kepada 48 keluarga di Dewan Seri Selinsing disini.
Yang turut hadir, Pengerusi PERTIMA, Datuk Murni Mohd Sidek.
Ditanya mengenai penutup Hospital Sentisa di Sarawak, Noor Azmi menasihatkan orang awam supaya bertenang dan tidak panik kerana agar ianya bukanlah ditutup sepenuhnya sebaliknya digunakan untuk menguarantin dan merawat kakitangan hospital yang disahkan positif Covid-19 dan mempunyai kontak rapat dengan pesakit itu.

