SPEEDY TIGERS GAGAL MARA KE PERINGKAT AKHIR SETELAH KECUNDANG KEPADA SAMURAI 1-2

IPOH – Harapan pasukan hoki negara untuk mara ke perlawanan akhir tidak kesampaian selepas tewas 1-2 kepada Jepun pada aksi keempat kejohanan Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-30 malam tadi.

 

Gol pertama buat skuad Samurai dijaringkan oleh Kazumasa Matshumoto pada minit ke-24 untuk mendahului 1-0 pada babak pertama.

 

Aksi cemerlang penjaga gol Jepun, Takashi Yoshikawa yang banyak menyelamatkan gawang akhirnya akur apabila Faizal menjaringkan gol pada minit-31 untuk menyamakan kedudukan 1-1.

 

Namun skuad Samurai kembali berada di depan pada minit ke-50 hasil gol padang yang dijaringkan oleh Ryoma Ooka sehingga wisel penamat.

 

Kekalahan ini menyebabkan Malaysia bakal bermain di penentuan tempat ke-3 dan ke-4 manakala Jepun dan Pakistan bakal merebut kejuaraan edisi ke-30.

 

Disediakan oleh Azizi Latif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *