SPEEDY TIGERS TUNJUK “BELANG” TUNDUKKAN NEW ZEALAND 6-4

IPOH – Pasukan hoki lelaki negara berjaya menewaskan New Zealand 6-4 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan ke-30 malam tadi.

 

Jaringan ‘Speedy Tigers’ dimulakan oleh Faizal Saari minit ke-2 disusuli Azrai Aizad pada minit ke-5 serta Azimuddin Syakir minit ke-6 dan sekali lagi jaringan oleh Azrai Aizad minit ke-14.

 

Merapatkan kedudukan New Zealand bangkit dari menerusi jaringan Jake Smith pada minit ke-19 dan Jonty Elmes pada minit ke-28 untuk kedudukan 4-2.

 

Jaringan ‘Speedy Tigers’ dijelmakan oleh Muhajir Abdu Rauf pada minit ke-52 manakala New Zealand menerusi Scott Cosslett pada minit ke-55 dan Azrai Aizad pada minit ke-60 bagi melengkapkan hatrik beliau.

 

Issac Houlbrooke menjaringkan gol ke empat New Zealand pada 18 saat perlawanan hampir tamat dengan kesudahan perlawanan 6-4.

 

Disediakan oleh Azizi Latif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *