Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 bernilai RM1.67 bilion dibayar secara berperingkat kepada golongan B40 mulai esok – PM

Oleh Rosdalilah Zahari
PROGRAM bantuan tunai untuk B40 dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR), bayaran fasa pertama dikreditkan secara berperingkat mulai esok, Selasa, 17 Januari 2023.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui ciapan di akaun Twitternya memaklumkan Pembayaran STR Fasa 1 kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai esok seperti pada jadual di bawah.
Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama.
Selain itu, penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai esok.
Semakan status pembayaran akan dibuka mulai esok dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan http://bantuantunai.hasil.gov.my/
#PerakKini #bantuanSTR #B40 #KerajaanPerpaduan
