UJIAN KEMAHIRAN MENEMBAK ANTARA AGENSI SEMPENA HARI POLIS KE – 218 TAHUN 2025
IPOH – Sebanyak 10 agensi menyertai ujian kemahiran menembak sempena Hari Polis Ke – 218 bertempat di Lapang Sasar Kontijen Perak.
Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris Atitullah Shah telah mencemar duli melakukan Centre Fire sebagai pembuka tirai pada pagi ini.
Turut mengiringi baginda tuanku adalah Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisham Nordin, Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad serta dif-dif kehormat.
Terdahulu sebelum menjalani latihan, jurulatih menembak dari PDRM telah memberi taklimat mengenai cara mengendalikan pistol serta cara memacu tepat kearah sasaran.
Abang Zainal berkata, seramai 150 peserta daripada 10 agensi hadir mengambil bahagian.
“Antara acara hari ini adalah Centre Fire serta Falling Plate Berkumpulan diantara anggota agensi .” ujar beliau.
Beliau menambah, ujian kemahiran menembak turut mendapat kerjasama dari Malaysia Crime Preventation Foundation (MCPF) dan Silver Valley Shooting Club.
Agensi – agensi yang turut menyertai latihan menembak pada kali ini adalah Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta Majlis Bandaraya Ipoh.