2 pemandu treler maut, 1 cedera dalam kemalangan libat 3 kenderaan

Foto Ihsan JBPM Perak

Oleh Rosdalilah Zahari

TAPAH – Dua maut manakala seorang cedera dalam kemalangan membabitkan dua treler dan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4X4) di KM317.5 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara petang tadi.

Kemalangan itu mengakibatkan dua lelaki iaitu pemandu treler muatan tembikai dan pemandu treler muatan simen maut, manakala pemandu kenderaan 4X4 cedera.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.17 petang.

Menurutnya, sejurus menerima panggilan tersebut anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah bergegas ke lokasi.

“Setibanya jentera bersama anggota di lokasi kejadian, kita mendapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah lori treler muatan tembikai, sebuah lori treler muatan simen dan sebuah kenderaan 4X4 jenis Ford Ranger.

“Dua mangsa iaitu pemandu treler muatan tembikai tersepit dan pemandu treler simen disahkan maut di lokasi kejadian oleh pihak ambulan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

#PerakKini #kemalangan #maut #Tapah #RBZ

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *