31 SYARIKAT DIARAH JAWAB NOTIS BERTULIS YANG DIKELUARKAN KPDN PERAK DI BAWAH OPS KESAN 2.0

IPOH, 15 JUN 2024 – Pengarah KPDN Perak, Dato Kamaluddin Ismail hari ini menyerahkan dua Notis Bertulis (NB) kepada dua syarikat yang terlibat dalam sektor pengangkutan dan sektor makanan dan minuman.

Pemeriksaan dan advokasi berkenaan OPS KESAN 2.0 juga telah dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota Penguat Kuasa di pasar tani, Stadium Indera Mulia Ipoh.

 

Sejak OPS KESAN 2.0 dilancarkan 8 Jun 2024, sebanyak 1291 pemeriksaan telah dilaksanakan oleh KPDN Perak dan 31 Notis Bertulis (NB) telah dikeluarkan sehingga hari ini.

Antara sektor yang telah dibuat serahan notis adalah sektor pengangkutan (23 syarikat), sektor bahan binaan (2 syarikat),sektor makanan dan minuman (6 syarikat).

 

Sehingga hari ini sebanyak 3 aduan telah diterima KPDN Perak dan syarikat yang dikenal pasti ini telah diminta untuk memberikan penjelasan berkaitan kewajaran tindakan syarikat terbabit untuk menaikkan harga barang dan perkhidmatan.

 

Dua syarikat sektor makanan dan minuman masing-masing di Teluk Intan dan Ipoh, satu syarikat bagi sektor pengangkutan di Taiping juga telah diberi notis.

 

KPDN Perak dengan kekuatan 164 pegawai dan anggota penguatkuasa KPDN dan 74 pegawai pemantau harga akan terus melaksanakan pemantauan OPS KESAN 2.0 supaya tidak berlaku elemen pencatutan terhadap harga barangan dan perkhidmatan ekoran penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan.

 

KPDN akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang aktiviti pencatutan pasca pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

 

Mana-mana pihak yang didapati mengambil kesempatan dengan melakukan manipulasi harga dan perkhidmatan akan dikenakan tindakan yang tegas.

 

Di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723] dan boleh dikenakan denda sehingga RM500,000.00 bagi perbadanan/syarikat manakala sehingga RM100,000.00 bagi individu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

 

Orang ramai boleh mengemukakan sebarang maklumat dan aduan melalui talian khas OPS KESAN 2.0 iaitu 012-6654292.

 

Selain talian khas tersebut, orang ramai juga boleh menyalurkan aduan yang lengkap dan tepat kepada pihak Kementerian melalui saluran-saluran berikut:

i. WhatsApp 019-2794317 /019-848 8000;

ii. Portal e-Aduan KPDN iaitu http://eaduan.kpdn.gov.my;

iii. Call Centre 1-800-886-800 dan

iv. Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN.

 

Disediakan oleh Azizi Latif

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *