MAJLIS RAMAH MESRA DATUK BANDAR IPOH BERSAMA KETUA BIRO MEDIA

IPOH, 24 JUN- Datuk Bandar Ipoh, Dato Rumaizi Baharin hadir merasmikan Majlis Ramah Mesra bersama Ketua Biro Media bertempat di M Roof Hotel pada hari ini.

 

Buat julung kalinya Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan memperkenalkan Anugerah Media bagi menghargai peranan media bersama MBI.

 

Sebanyak 8 kategori anugerah dipertandingkan iaitu Laporan TV Terbaik, Laporan Khas TV Terbaik, Laporan Berita Terbaik, Rencana Terbaik, Jurufoto Terbaik, Juruvideo Terbaik, Wartawan Terbaik dan Anugerah Khas.

 

Rumaizi berkata, anugerah tersebut akan diadakan pada bulan Ogos sempena Majlis Malam Media MBI 2024.

 

“Media massa dan wartawan adalah penghubung diantara MBI dan warga Ipoh menerusi liputan media yang diterbitkan disamping mempromosikan tentang Bandaraya Ipoh khususnya pelancongan dan banyak lagi”, ujar beliau.

 

Beliau berharap lebih banyak syarikat seperti MBI bersama Puncak Emas Infra Sdn Bhd dalam melaksanakan program-program bermanafaat dan mengalakkan lagi pihak lain tampil menyumbang program-program berfaedah demi kesejahteraan warga Ipoh.

 

Disediakan oleh Azizi Latif

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *