CSE RAIKAN 166 PELAJAR SEMPENA PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH 2025
IPOH – Centre Side Express Sdn Bhd (CSE) adalah sebuah syarikat Bumiputera dan telah berkembang pesat sejak penubuhannya pada tahun 2003.
Kumpulan Syarikat CSE secara khususnya mempunyai kepakaran dalam penyelesaian pengangkutan dan logistik merentasi pelbagai industri utama , terutamanya didalam sektor Minyak dan Gas serta memiliki peralatan perdagangan yang lengkap bagi memenuhi cabaran rantaian bekalan dari skala kecil, sederhana hinggalah ke skala mega.
Program ‘Kembali Ke Sekolah 2025’ telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan CSE Sdn Bhd, Datuk Datuk Lal R Naidu, Pengarah Urusan Kumpulan Centre Side Express Sdn. Bhd. bertempat di ruang legar Mydin Hypermarket Meru pada pagi Sabtu.
Beliau turut diiringi Pengasas Kedai Emas Rozita,Zanizan Shahir dan Rozita Yusoff, Pengerusi BERKAT Manjoi , Fadzili Che Li serta Pengerusi Gabungan Redah Amal, Ramli Ahmad Rozali.
Seramai 166 pelajar daripada 30 sekolah melibatkan sekolah pra, rendah dan menengah telah dipilih sebagai penerima sumbangan program ini.
Datuk Lal berkata, program itu diadakan ekoran mengenang kisah-kisah yang diceritakan ibu
dan isterinya merupakan seorang pendidik mengenai kepayahan pelajar sekolah untuk membeli pakaian baru.
“Jadi saya terus melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk memastikan pelajar sekitar Manjoi dapat membeli pakaian dan peralatan sekolah kepada yang kurang berkemampuan.
‘Kami menyediakan baucar bernilai RM150 untuk setiap pelajar yang layak dan saya tidak mengira bangsa Melayu, Cina, India kerana mereka semua adalah anak Malaysia”, ujar beliau.
Usai pemberian baucar , Emas Rozita Sdn Bhd turut berkolaborasi menyampaikan infaq sumbangan kotak makanan kepada 166 orang pelajar sekolah yang terlibat.
Pengurus Emas Rozita Sdn Bhd, Mohd Shafiq Abu Zahar berkata, infaq kotak makanan itu merupakan tradisi mereka dengan niat membantu golongan memerlukan.
“Sudah menjadi tradisi kami menyampaikan infaq bakul makanan di Emas Rozita Medan Gopeng tetapi hari ini lebih istimewa kerana dapat berkolaborasi bersama Dato Lal daripada CSE Sdn Bhd.
“Sebanyak 166 kotak makanan akan diberikan dimana setiap kotak mengandungi keperluan asas seperti beras,bihun, gula,sardin tin ,kopi, gula, tepung, susu tin dan juga minyak masak,” katanya.
Menurut beliau, dengan program ‘Kembali Ke Sekolah 2025’ dapatlah Emas Rozita bersama-sama membantu mengurangkan kos pembelian keperluan asas kepada ibu bapa pelajar.” ujarnya.
Pengurusan CSE Sdn Bhd dan pengurusan Emas Rozita Sdn Bhd turut meluangkan masa menemani pelajar untuk bersama-sama memilih pakaian dan peralatan sekolah yang telah disediakan.