98 TERIMA SURAT TAWARAN RUMAH PERAKKU1

TROLAK– Kegembiraan jelas terpancar pada wajah seramai 98 orang penerima susulan menerima surat tawaran rumah pada Majlis penyerahan Surat tawaran pembelian rumah Perakku 1 bagi Rumah Ulu Bernam Timur Dan Rumah Perakku Mukom Slim Trolak Daerah Muaalim di sini, hari ini.
Penyerahan tersebut disampaikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Ahmad Faizal berkata, pembinaan Rumah Perakku merupakan bukti kerajaan Perak sentiasa prihatin dan peka dengan nasib rakyat.

Beliau berharap kemudahan berharap bantuan dan kemudahan itu memberi kelegaan kepada semua pihak terutama masyarakat luar bandar yang tidak memiliki rumah.
“Sesungguhnya usaha dilakukan ini untuk memastikan semua dapat menikmati kehidupan lebih selesa dan teratur bertepatan agenda dan dasar pembangunan luar bandar yang digariskan kerajaan,” katanya.
Beliau turut, memaklumkan sehingga kini sebanyak 3,043 unit rumah dalam pra pembangunan di Daerah Muaallim. Projek tersebut dalam proses pelaksanaan oleh pelbagai agensi kerajaan seperti Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri ( SSI), syarikat perumahan Negara Berhad (SPNB),Maju Perak dan Perumahan Penjawat Awam (PPAM).
“Belanjawan Negeri Perak tahun 2020, kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM 31 juta kursus untuk sektor perumahan rumah.
“Di sini saya umumkan bermula 2021 kerajaan negeri melalui lembaga Perumahan Dan Hartanah Perak akan melaksanakan Skim Tanah Lot Perumahan Perakku (SLPP). Program ini akan dibangunkan di kawasan dipinggir dan luar bandar dengan pembangunan infrastruktur lot rumah dilaksanakan melalui perkongsian dana pembangunan antara peserta dengan kerajaan.
“Saya berharap pemberian ini dapat memberikan sinar dan kebahagiaan kepada penerima pada hari ini. Diharap semua dapat menjaga dengan baik kawasan kediaman ini sekali gus bersama-sama membangunkan persekitaran lebih kondusif dan sihat,” katanya.
Sementara itu, salah seorang penerima Aziana Mohammed Sharuddin 33, merupakan seorang ibu tunggal tiga orang anak menzahirkan rasa syukur kerana impiannya untuk tinggal di rumah sendiri tercapai.
“Saya bersyukur dengan Keprihatinan kerajaan negeri melalui Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membolehkan saya dan anak-anak mempunyai kediaman sendiri.,”katanya

