Tuah ‘Kari Cinta Abadi’, pasangan suami isteri johan pertandingan memasak Adabi

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOHKari Cinta Adabi dan Pancake Adabi membawa tuah kepada pasangan suami isteri Omar Sharif Zulkifli dan Siti Mariam Man apabila merangkul johan Pertandingan Memasak Gulai Ikan dan Pancake Rempah Ratus Adabi anjuran Jiran Wanita Kawasan Rukan Tetangga (KRT) Taman Sri Tanjung dengan kerjasama Berkat Serbaguna anak syarikat Adabi Perak dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tanjung Rambutan di sini, pada Ahad.

Siti Mariam berkata, ini adalah kali pertama dia dan suami menyertai pertandingan memasak dan tidak menyangka tuah menyebelahi mereka.

“Sebenarnya, kakak ipar yang mengajak kami untuk menyertai pertandingan ini dan kami betul-betul tak sangka akan memenanginya pada percubaan pertama.

“Memandangkan saya berasal dari Kedah, kami sekeluarga amat menggemari kari dan makan masakan itu setiap minggu. Resipi yang digunakan pada hari ini juga mengikut cara masakan tradisional orang Utara.

“Manakala bagi pancake, kami menambah madu supaya rasanya enak dengan hiasan chocolate rice,” katanya kepada Perak Kini di Dewan Komuniti Taman Sri Tanjung, Tanjung Rambutan, di sini.

Kemenangan itu membolehkan Omar Sharif dan Siti Mariam membawa pulang hadiah berupa wang tunai dan hamper barangan Adabi.

Sementara itu, Ketua Promoter dan Merchandiser (Bahagian Pemasaran) Berkat Serbaguna (Adabi Perak), Nurul Nisyaq Zainub berkata sebanyak 10 pasukan menyertai pertandingan memasak pada hari ini.

Pasangan suami isteri, Omar Sharif Zulkifli dan Siti Mariam Man apabila merangkul johan Pertandingan Memasak Gulai Ikan dan Pancake Rempah Ratus Adabi anjuran Jiran Wanita Kawasan Rukan Tetangga (KRT) Taman Sri Tanjung dengan kerjasama Berkat Serbaguna anak syarikat Adabi Perak dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tanjung Rambutan.
Ketua Promoter dan Merchandiser (Bahagian Pemasaran) Berkat Serbaguna (Adabi Perak), Nurul Nisyaq Zainub.
Johan hingga pemenang tempat ketiga bergambar bersama tetamu jemputan selepas selesai Pertandingan Memasak Gulai Ikan dan Pancake Rempah Ratus Adabi anjuran Jiran Wanita Kawasan Rukan Tetangga (KRT) Taman Sri Tanjung dengan kerjasama Berkat Serbaguna anak syarikat Adabi Perak dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tanjung Rambutan.

Menurutnya, setiap pasukan perlu menggunakan produk baharu keluaran Adabi iaitu Serbuk Gulai Ikan Adabi dan Pancake Adabi.

“Seperti yang kita sedia maklum, Adabi sentiasa mengeluarkan pelbagai produk rempah ratus yang menggunakan bahan berkualiti tinggi untuk pengguna.

“Justeru, pengguna boleh menggunakan produk Adabi dan pada masa sama dapat menjaga kesihatan melalui cara pemakanan yang baik,” jelasnya.

Nurul Nisyaq berkata, pertandingan ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan mereka dengan penduduk setempat.

Hadir sama, Penyelia Berkat Serbaguna (Adabi Perak), Mohd Darus Ahmad dan Ketua Kampung Tanjung Rambutan, Ayob Zenal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *