9 calon muda dipertaruh Amanah Perak pada PRU15

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Parti Amanah Negara (Amanah) Perak menaruh kepercayaan dengan meletakkan lapan calon dari Pemuda Amanah Perak dan satu dari Wanita Muda Amanah Perak untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Ketua Pemuda Amanah Perak, Khairol Najib Hashim berkata kesemua lapan calon itu akan berentap di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu 40 peratus daripada keseluruhan kerusi Amanah Perak bagi mewakili Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya, bagi kerusi Parlimen, satu kerusi diberikan kepada Wanita Muda Amanah Perak diwakili Nurthaqaffah Nordin yang akan bertanding di Parit.

“Dengan pencalonan ini, kami yakin lonjakan sokongan pengundi kepada PH akan selari dengan aspirasi rakyat yang mahukan muka baharu ditonjolkan dalam kalangan anak muda.

“Justeru, kami menyeru kepada seluruh pengundi di Perak untuk memberikan sokongan sepenuhnya kepada semua calon yang ditawarkan PH supaya dapat mengembalikan kepimpinan kepada mereka yang bebas rasuah, berintegriti dan amanah dalam menguruskan negeri dan negara dapat direalisasikan, “katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Khairol turut mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan negeri dan nasional atas peluang serta kepercayaan yang diberikan kepada sayap pemuda untuk bertanding pada PRU15.

#PerakKini #AmanahPerak #Pemuda #wanita #PakatanHarapan #Perak #PRU15

Senarai lapan calon Pemuda Amanah Perak yang bertanding bagi Dewan Undangan Negeri (DUN):

N04 Kota Tampan : Mohd Sabri Abdul Manaf

N08 Titi Serong : Muhammad Nakhaie Wahab

N11 Gunung Semanggol : Sheikh Khuzaifah Sheikh Abu Bakar

N12 Selinsing : Ahmad Saqif Ansarallah Jihbaz Mokhlis

N39 Belanja : Mohd Ikhmal Mohd Iskandar

N50 Kampong Gajah : Mohd Syamsul Alauddin

N53 Rungkup : Ahmad Munzirie Ahmad Kabir

N59 Behrang : Khairol Najib Hashim

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *