SURAT TAK SETUJU DR MAHATHIR DIPECAT

SERI MANJUNG: 7 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) cawangan Seri Manjung hari ini mengeluarkan surat rasmi dan ditandatangani oleh Ketua Cawangan, AJK cawangan serta sayap Armada dan Srikandi.
Surat itu ditujukan kepada Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan salinan kepada Pengerusi Bersatu Negeri Perak, YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu.
Kumpulan itu melahirkan rasa tidak setuju atas pemecatan keahlian Tun Dr Mahathir dan 4 yang lain.
Surat bertarikh 31 Mei 2020 itu ditulis oleh Ketua Cawangan Seri Manjung, Mohd Isnin Ismail dan turut ditandatangani oleh Timbalan Ketua Cawangan, Bendahari, Setiausaha, Ketua Penerangan, Ketua Armada dan Srikandi.

