OPERASI SANITASI AWAM DI MARINA ISLAND, PANGKOR

LUMUT : Dua hari berturut-turut 30 sukarelawan daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) Blue Sky Rescue turun padang bagi melakukan operasi sanitasi awam dan disifeksi seluruh pulau buatan tersebut.






Operasi tersebut dilakukan pada 3 tempat utama iaitu di kawasan jeti, hotel dan juga feri yang membawa ulang-alik penumpang daripada Marina Island Pangkor ke Pangkor.
Blue Sky Rescue telah diwujudkan hampir 2 tahun dan telah melakukan pelbagai aktiviti kesukarelawan serta telah memberikan pelbagai kursus dan latihan kepada ramai sukarelawan yang menyertainya.
