Polis Perak terima 20 laporan berhubung kes penularan titah Sultan Perak

Mohd Yusri pada sidang media berhubung kes penahanan enam lelaki yang terbabit dalam kes pengedaran dadah pagi ini. — Foto BERNAMA
Oleh Rosdalilah Zahari
IPOH – Polis Perak setakat ini menerima 20 laporan berkaitan penularan video titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang dipercayai disunting bagi tujuan politik.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata mengesahkan menerima laporan berhubung perkara tersebut di seluruh negeri ini.
“Sehingga kini kita, terima 20 laporan yang dibuat sejak semalam di seluruh negeri Perak.
“Siasatan lanjut akan diserahkan kepada pihak Bukit Aman kerana laporan pertama dibuat di Balai Polis Travers, Brickfields,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (IPK) Perak pada Isnin.
Sabtu lalu, Setiausaha Sulit Kanan Sultan Perak, Kolonel Norzahari Efandy Zakaria membuat laporan polis berhubung olahan satu klip video yang dibimbangi mengaitkan Sultan Nazrin bagi tujuan politik.
Laporan itu dibuat di Balai Polis Travers, Brickfields, Kuala Lumpur selepas Norzahari menerima klip video itu menerusi WhatsApp yang merakamkan seorang wanita memetik satu bahagian kecil titah baginda pada 2013 yang menyentuh parti Pas.
Video itu dipercayai pernah dimuat naik di Facebook Dewan Muslimat Pas Melaka pada 11 November 2022 sebelum ditularkan semula oleh seorang wanita disyaki pemimpin Muslimat Pas Melaka.
#PerakKini #PDRM #DewanNegara #SultanPerak #RBZ
