MB PERAK RAMAL CALON BN MENANG DI SLIM

Trolak: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meramalkan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz mampu menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, di sini.

Ahmad Faizal, berkata untuk jentera parti yang terdiri daripada jentera BN sendiri dibantu jentera daripada UMNO,MIC,MCA, PAS, dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) perlu memastikan ramai pengundi keluar mengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) masing-masing.

“Saya berharap orang ramai akan keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawab kerana perkara ini amat penting dalam PRK ini.

” Ramai yang berpandangan bahawa tidak akan berlaku apa-apa perubahan kepada kerajaan negeri kepada keputusan PRK DUN Slim ini tetapi sebenarnya ia amat penting kerana kita mahukan wakil rakyat yang boleh berkerja sama rapat dengan pihak kerajaan negeri,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran Pembelian Rumah Perakku 1 Ulu Bernam Timur dan Rumah Perakku 1 Mukim Slim (Trolak) di Dewan Serbaguna Trolak Pekan, Trolak di sini.

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Ahmad Faizal berkata kemenangan calon BN amat penting kerana pihak kerajaan negeri mempunyai banyak perancangan untuk diberikan kepada rakyat terutama di daerah Muallim.

Katanya, jika wakil rakyat yang dipilih itu tidak sealiran dengan kerajaan negeri sedia ada agar sukar untuk menyampaikan maklumat, program , bantuan dan sebagainya.

” Saya berharap sangat pengundi dapat mengundi calon BN yang boleh berkerja dengan kerajaan negeri sedia ada.

” Saya menjangkakan BN akan memperolehi kejayaan tetapi jangan rasa terlalu selesa , para penyokong dari parti UMNO, PAS, BERSATU, MIC, MCA dan semua rakan-rakan dalam komponen Perikatan Nasional (PN) hendaklah keluar mengundi ramai-ramai memberi undi kepada calon nombor dua, Mohd Zaidi Aziz,” katanya.

Sementara itu, apabila ditanya sama ada program yang dijalankan ini akan dijadikan bahan politik oleh parti lawan yang menyifatkan program ini bertujuan untuk memancing undi.

” Ini adalah masalah, masalah yang berlaku adalah dengan jadual saya, sedangkan apabila saya hadir sebagai ahli parti tetapi oleh kerana saya juga sebagai seorang Menteri Besar ,apabila berada di sini saya mengambil peluang untuk mengadakan satu program bersama rakyat.

” Jika tidak saya terpaksa datang lagi sekali kerana saya ada banyak lagi program-program yang hendak diberikan kepada penduduk di sini dan sebenarnya , program ini dirancang awal sebelum penularan wabak COVID-19 lagi, tapi tidak berkesempatan.

” Apa orang nak kata dalam politik ini, benda baik setakat mana kita buat baik orang akan kata lain, jadi terpulang kepada rakyat.

Katanya, pihak kerajaan negeri sudah lama hendak membuat tawaran pembelian rumah Perakku tetapi oleh kerana jadual yang menyebabkan beliau tidak berkesempatan sebelum ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *