BALU MANGSA TERTIMBUS TANAH TERIMA RM2000

TAIPING – Skuad Perkeso Prihatin Taiping, hari ini mengunjungi Puan Nur Aqilah Bt Mat yang kehilangan suaminya Allahyarham Mohd Zakaria Bin Yahaya, 48 tahun pada 28 Ogos yang lalu. Allahyarham dijumpai dalam keadaan tertimbus sewaktu menjalankan aktiviti melombong bijih timah secara tradisional di sebuah kebun yang terletak di Batu 24, Batu Kurau Perak.
Allahyarham merupakan seorang pekerja am di sebuah ladang di Redang Panjang, Bt Kurau Perak sejak tahun 2004 sehingga bulan kematiannya. Menurut balunya, Allahyarham mencari bijih timah secara separuh masa selepas tamat waktu kerjanya bagi menambah pendapatan keluarga sejak 10 tahun yang lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 5 orang anak yang berusia sekitar 1 hingga 16 tahun. Menurut balu lagi, beliau pada mulanya buntu memikirkan masa depan anak-anaknya kerana tidak bekerja disamping mempunyai anak yang masih lagi kecil namun amat berterima kasih dengan sumbangan yang diterima dari orang ramai dan Perkeso bagi kematian suaminya ini. Saya juga perlu segera mencari rumah sewa yang bersesuaian dengan kemampuan saya kerana tidak boleh lama menetap dirumah ladang yang disediakan oleh majikan kerana perlu mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak ladang.
Pada hari ini , Timbalan Pengurus Perkeso Taiping, En Abd Hisham B Abd Rahman bersama En Abdul Aziz Bin Abdul Rahim, Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Larut dan diiringi oleh Armada dan Serikandi Bersatu Larut telah hadir ke rumah balu bagi majlis penyampaian bayaran Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2000 kepada balu. Balu juga telah dimaklumkan akan menerima pencen bulanan seumur hidupnya manakala anak-anaknya sehingga mencapai umur 21 tahun.

