PAS DAN UMNO PERAK TETAP SOKONG MUHYIDDIN

BAGAN SERAI – Umno Bagan Serai menganggap pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa beliau mendapat sokongan ‘kukuh dan meyakinkan’ untuk menubuhkan kerajaan baru hanyalah sandiwara politik berikutan terkesan dengan populariti Perdana Menteri dan pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional yang menenggelamkan dirinya sebagai pemain politik negara.
Ketua Umno Bagan Serai, Datuk Sham Mat Sahat, berkata tindakan Anwar itu seolah-olah mahu menonjolkan dirinya semula yang kian terkesan dengan populariti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN yang dilihat semakin disayangi dan mendapat kepercayaan rakyat dalam memerintah negara.
” Selain itu kami (Umno Bagan Serai) beranggapan tindakan Anwar itu seperti cuba mensabotaj dan meruntuhkan ekonomi negara disaat kerajaan PN berusaha memulihkan ekonomi Malaysia yang terkesan dengan Pendemik Covid-19.
” Ternyata sehari selepas pengumuman beliau yang turut mendapat perhatian media-media luar, bursa saham negara kita jatuh pada tahap yang paling rendah dan hal ini memggusarkan banyak pihak termasuk rakyat,”katanya dihubungi media.
Sham berkata Anwar tidak sewajarnya menakut-nakutkan rakyat dengan tindakannya itu, sebaliknya beri semula mandat kepada rakyat, bubar parlimen dan disitu rakyat sendiri akan menentukan kerajaan yang dimahukan.
” Bubar parlimen. Itu sahaja caranya dan disitu kita akan tahu rakyat pilih siapa,” katanya.
Dalam perkembangan lain Sham menegaskan pihaknya bersama rakan-rakan seperjuangan kini menyokong dan berdiri kukuh dibawah kerajaan sedia ada.
Sementara itu Yang Di Pertua PAS Perak, Razman Zakaria, ketika ditemui media sewaktu menziarahi tiga keluarga Asnaf di Bagan Serai, berkata pihaknya mengambil pendekatan Istiqamah dan setia dengan kerajaan sedia ada.
Menurutnya pihaknya juga hanya memerhati ‘permainan politik’ yang di mainkan Anwar sebarang tindakan atau apa juga keputusan ditentukan pucuk pimpinan atasan.
