KAMPUNG KUCING BATU KURAU TEMPATKAN KUCING JALANAN & KACUKAN

BATU KURAU– Kepada peminat-peminat kucing, pastinya teruja apabila Kampung Kucing akan terbina di Batu Kurau.

Kampung Kucing Batu Kurau akan dibina di sebuah penempatan pelancongan terkenal iaitu Kurau Stone Fishing & Highland Stay iaitu 25 kilometer dari bandar Taiping.

Menurut pemilik Kampung Kucing Batu Kurau, Hasrulnizam Hamzah,36, kucing-kucing yang di tempatkan di perkampungan kucing itu terdiri dari pelbagai baka iaitu baka tempatan dan baka kacukan.

Menariknya, kucing-kucing itu adalah kucing jalanan yang dibiarkan tanpa penjagaan yang dikutip di pasar dan tepi jalan.

” Saya sebenarnya amat simpati dengan nasib kucing terbiar, jadi setelah mendapat kerjasama dari tuan punya Kurau Stone Chalet & Highlands Stay, yang membenarkan saya membina perkampungan kucing di atas tanahnya, saya terus berusaha untuk mulakan misi menempatkan kucing terbiar di sebuah penempatan,” ujar Harrulnizam.

Kucing-kucing terbiar itu dikutip dan diberi perawatan terlebih dahulu agar mereka sihat dan berada dalam keadaan selamat. Di perkampungan itu, kucing-kucing akan diberi makanan yang berkhasiat dan dijaga oleh mereka yang arif dalam perawatan kucing.

Menurut Hasrulnizam lagi, beliau mengharap agar ada sukarelawan yang datang membantunya untuk merealisasikan perkampungan itu seperti membantu mendirikan rumah penginapan dan tempat kucing bermain.

Kepada mereka yang berminat menyalurkan bantuan dan bekerjasama dengan Hasrulnizam, bolehlah hubungi melalui whatsapp di 01120669964.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *