MUALIM FA PERLU AKTIF BANGUNKAN BOLA SEPAK

Oleh Intan Efazila Md Yusop

SLIM RIVER: Persatuan bola sepak perlu proaktif mencungkil bakat baru di segenap lapisan masyarakat bagi membangunkan sukan bola sepak di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Slim, Mohd Zaidi Aziz, berkata sukan bola sepak merupakan aktiviti sukan yang amat diminati oleh segenap lapisan masyarakat terutama golongan muda.

Katanya, Persatuan Bola Sepak Daerah Muallim (Muallim FA) perlu memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sukan bola sepak supaya bakat dan potensi golongan muda dalam sukan ini tidak dipersiakan begitu sahaja.

” Muallim FA perlu juga perlu merangka program jangka masa pendek dan panjang secara efektif bagi membangunkan sukan bola sepak di daerah ini melalui kolaborasi dengan agensi yang terdapat di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim ,Mohd Zaidi Aziz ( dua kanan) menyampaikan Sijil Penubuhan Persatuan Bola Sepak Daerah Muallim ( Muallim FA) kepada Presiden Muallim FA, Saipol Bahrin Sulaiman ( tiga kanan) sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Kali 1 Muallim FA di Dewan Sri Tanjung Rumah Rehat Slim River.

” Kita lihat kejohanan liga bola sepak yang dianjurkan sebelum ini banyak memberi impak terutama dalam pembangunan sukan bola sepak di sini, maka wajarlah persatuan bola sepak mengambil inisiatif untuk menganjurkan kembali,’ katanya.

Beliau berkata demekian ketika Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Kali 1Muallim FA di Dewan Sri Tanjung, Rumah Rehat Slim River, dekat sini.

Turut hadir, Yang Di Pertua (YDP) Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM), Faizal Nizam Md Nor, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Muallim, Shaarani Harun dan Timbalan Presiden Muallim FA, Datuk Mohd Farid Mohamad Ali.

Sementara itu, Saipol Bahrin berkata penubuhan Muallim FA bakal memberi sinar baru dalam pembangunan sukan bola sepak di daerah ini.

Katanya, pihak persatuan akan berusaha mengembalikan kegemilangan sukan bola sepak di daerah ini bagi memberi peluang kepada golongan belia mempamerkan bakat dan potensi dalam sukan terbabit

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim ,Mohd Zaidi Aziz ( dua kanan) menyampaikan Sijil Penubuhan Persatuan Bola Sepak Daerah Muallim ( Muallim FA) kepada Presiden Muallim FA, Saipol Bahrin Sulaiman ( tiga kanan) sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Kali 1 Muallim FA di Dewan Sri Tanjung Rumah Rehat Slim River

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *