PELAKON ZUL HUZAIMY KUNJUNG RUMAH KE RUMAH

GERIK– Program Ziarah Kasih merupakan program anjuran Penggerak Komuniti Negara Gerik dengan Kerjasama OTAi Group yang juga merupakan Usahawan Burger Malaysia. Program ini turut disertai JSPk kampung yang terlibat. Program ini telah diadakan pada 3-4 October 2020 di sekitar Gerik dan sebelum ini telah pun diadakan beberapa kali di sekitar daerah Gerik sejak Februari 2018.

Mereka yang layak adalah terdiri daripada golongan asnaf. Antara pengisian lain dalam program tersebut adalah penyampaian sumbangan berupa makanan, lampin dewasa, kerusi roda, kain dan wang ringgit, bantuan wang tunai untuk baik pulih rumah, gelanggang silat, kursus jenazah dan kursus Belia Usahawan Islam bersama OTAi Group.

Pada program tersebut, Pengerusi Penggerak Komuniti Negara Zul Huzaimy Marzuki, Pengasas OTAi Group Dr Suhaimi Abas turut menyertai wakil kampung yang terlibat menziarahi “rumah ke rumah” mereka yang sedang uzur di sekitar Mukim Kerunai. Antara rumah yang diziarahi dua darinya adalah ibu tunggal dan Zul Huzaimy Marzuki selaku Pengerusi Penggerak Komuniti Negara Gerik telah menyampaikan wang tunai untuk membeli kelengkapan pakaian sekolah.

Pusat pengajian pondok Pakteh Pengkalan Hulu dan beberapa buah Tahfiz sekitar Gerik turut diziarahi serta memberi sedikit sumbangan selain berkongsi ilmu peniagaan bersama Pengasas OTAi Group.
Majlis penutupan dirasmi oleh En Hizwan Ahmad Pengerusi Penggerak Komuniti Negera Kuala Lumpur merangkap SetiaUsaha Politik Menteri KPKT.

Program sebegini merupakan antara medium merapatkan ukhuwah antara masyarakat kita berdasarkan konsep masyarakat penyayang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara dan Wawasan 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *