Ahli Majlis MBI baharu akan dilantik dalam masa terdekat – Datuk Bandar

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Seramai 24 Ahli Majlis menamatkan perkhidmatan mereka pada hari ini selepas lebih 33 bulan bersama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sejak 1 Mei 2020.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud berkata setakat ini segala masalah-masalah yang dihadapi penduduk di sekitar bandar raya Ipoh boleh dirujuk terus kepada Bahagian Pentadbiran Kanan MBI.

Menurutnya, buat masa sekarang masih belum ada tarikh yang ditetapkan bagi melantik Ahli-Ahli Majlis baharu.

“Pada masa ini, kita tunggu arahan daripada kerajaan negeri untuk melantik Ahli Majlis baharu.

“Saya tidak boleh bagitahu tarikh (pelantikan) secara jelas tetapi kerajaan negeri akan melantik (ahli majlis) secepat mungkin.

“Jika berlaku isu (berkaitan warga kota) pentadbiran kanan MBI akan berjalan akan biasa,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Majlis Bulan Februari 2023 di Dewan Mesyuarat MBI, di sini, pada Rabu.

Sebelum ini, komponen parti siasah Ahli-Ahli Majlis membabitkan 12 orang daripada Barisan Nasional (BN); tujuh orang daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan lima orang daripada Parti Islam Se-Malaysia (Pas).

#PerakKini #MBI #AhliMajlis #tamat #perkhidmatan #RBZ

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *