Anak kelahiran Ipoh, Michelle Yeoh jadi bintang Asia pertama menang Oscar

TAHNIAH diucapkan kepada anak kelahiran Ipoh, Perak, Tan Sri Michelle Yeoh yang menerima Anugerah Pelakon Wanita Terbaik bagi filem Everything Everywhere All at Once pada Majlis Anugerah Akademi ke-95 (Oscar 2023) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat hari ini.

Beliau yang berusia 60 tahun turut mencipta sejarah apabila menjadi bintang Asia pertama yang meraih trofi bagi kategori itu dalam sejarah Oscar.

Terdahulu, Yeoh meraih kemenangan dalam kategori sama, iaitu Pelakon Wanita Terbaik pada beberapa acara lain termasuk Anugerah Golden Globe Ke-80 dan Screen Actors Guild Awards (SAG) Ke-29.

#PerakKini #MichelleYeoh #Oscar2023 #tahniah #RBZ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *