DATUK BANDAR IPOH MERASMIKAN MEDAN NIAGA POKOK CERI SEBAGAI IMEJ BARU GERAI MADANI
IPOH, 31 Julai – Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Baharin@Md Daud hadir merasmikan Medan Niaga Pokok Ceri bertempat di Jalan Jelapang Ipoh pada petang semalam .
Turut mengiringi beliau adalah Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Clr Ahmad Khair Faizal Yahaya, Clr Dato’ Mazlan Abdul Rahman, Clr Wong Kar Keat, Ahli Majlis MBI, Pengarah Kanan serta Ketua Jabatan MBI.
Majlis Bandaraya Ipoh juga berhasrat untuk memohon peruntukan tambahan daripada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT) bagi menaiktaraf Medan Selera Jalan Jelapang (Baru) yang berada di sebelah medan niaga yang dinaiktaraf ini untuk menambah baik kualiti serta kemudahan medan niaga ini.
Menurut Clr Ahmad Khair Faizal berkata, medan niaga yang baru ini bukan sahaja menyediakan suasana yang lebih selesa dan moden bagi para peniaga dan pengunjung, malah ia juga turut dilengkapi dengan kemudahan yang lebih baik serta dapat memastikan tahap kebersihan yang lebih tinggi, selaras dengan piawaian kesihatan awam.
“Pelaksanaan projek ini diharapkan dapat meningkatkan jumlah pengunjung seterusnya memberi impak positif kepada ekonomi tempatan dengan menarik lebih banyak pelanggan ke gerai-gerai di medan niaga ini,” ujar beliau kepada pemberita.
Disediakan oleh Azizi Latif