DATUK BANDAR IPOH MERASMIKAN PEMBUKAAN KAFE FENGCHA TLF
IPOH – Bandaraya Ipoh telah dipilih antara 8 destinasi pelancongan pilihan terbaik di Asia.
Menerusi laporan Time Out, Bandaraya Ipoh menduduki tangga ke-5 daripada 8 destinasi pilihan.
Antara tarikan pelancong adalah kawasan bersejarah,bangunan warisan selain keindahan gua batu kapur dan tidak terkecuali Ipoh juga terkenal sebagai syurga makanan dan minuman ber kopi.
Antara kriteria utama pilihan pelancong untuk sesebuah restoran adalah pengsijilan ‘Gred A’ yang mengambil kira tahap kebersihan premis dan tandas berkonsep Bersih, Menawan dan Wangi (BMW) serta beberapa dokumentasi seperti kad suntikan anti-typhoid bagi semua pengendali makanan, kursus pengendali makanan, pemasangan alat perangkap minyak serta kawalan serangga perosak.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Ipoh , Dato’ Rumaizi Baharin@Md Daud diiringi Pengarah Urusan FengCha TLF Sdn Bhd, Wong Swee Lan , Ketua Pegawai Operasi, Khairul Anuar serta Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Datuk Ahmad Hariri.
Rumaizi berkata,” Beberapa kebaikan jika mendapat pengiktirafan ‘Gred A’ adalah kebersihan , keselamatan dan kualiti makanan lebih terjamin.
” Industri gastronomi meningkat dengan kehadiran pelancong dari dalam dan luar negeri dan pihak pengusaha premis makanan boleh maju bersama bandaraya Ipoh selaras dengan sasaran Ipoh Bandar Pelancongan Utama Negara 2025 dan persiapan awal menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026″, ujar beliau ketika merasmikan pembukaan Restoran Feng Cha, Pusat Perdagangan Canning II pada hari ini.