MAJLIS PERASMIAN MEDAN SELERA SANTAI RAHMAH DISAMBUT MERIAH

SUNGAI SIPUT – Pelaksanaan Program Sejahtera Komuniti MADANI (Sejati MADANI) merupakan inisiatif baharu Kerajaan MADANI yang bertujuan untuk merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti bagi meningkatkan pendapatan dengan pemberian dana sehingga RM100 ribu kepada komuniti yang layak.

 

Ini merupakan satu bentuk program bantuan kerajaan untuk membantu komuniti melalui aktiviti peningkatan sosioekonomi.

 

Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Sungai Siput , S.Kesavan bertempat di Kampung Tersusun Kledang Utama pada Selasa ini.

 

Turut mengiringi beliau Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Tersusun Kledang Utama (PPKTKU),Mohd Rosni Abu Bakar, Penghulu Kanan Mukim Sungai Siput, Shahrun Effendi Mohamad , Ketua Balai Polis Sungai Siput , Insp Syed Ahmad Fikri Syed Zin , Ketua Balai Bomba Sungai Siput , PBK 1 Rusdi Mohd Radzi serta Pengerusi JPKK RPA Rimba Panjang, Abdul Razak Majid.

 

Kesavan berkata, “PPKTKU telah menerima dana Sejati MADANI sebanyak RM100 ribu dengan membawa idea iaitu mengusahakan tapak yang dahulunya hutan kepada medan selera rahmah menggunakan dana tersebut hasil cetusan daripada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

 

“Saya amat berbangga kerana medan selera ini telah membuka ruang kepada 10 peniaga yang masing-masing mempunyai menu dan juadahnya yang tersendiri dan saya telah memberikan suntikan semangat dengan memberikan sebanyak 400 kupon makanan bagi meningkatkan ekonomi setempat”, ujar beliau.

 

Mohd Rosni menambah,” Pada awalnya ini adalah tempat pembuangan sampah haram dan dengan insentif yang diberikan, kami berjaya membuka Medan Selera Santai Rahmah ini.

 

” Sebanyak 10 kabin kontena yang telah diubahsuai dgn anggaran kos sebanyak RM60 ribu dan selebihnya bagi kerja meratakan tanah, menyediakan peralatan serta melantai semula.

 

“Dengan kadar sewa sebanyak RM300 ringgit sebulan, kami berjaya mengumpul RM3000 ribu sebulan bagi pendapatan persatuan dan saya menyeru orang ramai supaya datang kesini untuk merasai pelbagai menu yang telah disediakan”, ujar beliau kepada Perak Kini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *