DURIAN PAK KERIA LARIS DI BATU KURAU

Oleh USU AZHA HAJI HAMZAH

BATU KURAU: Daerah ini sememangnya terkenal seluruh Malaysia sebagai lokasi terdapatnya buah durian yang gred tinggi. Persekitaran tanah di Batu Kurau membuatkan durian di daerah ini pokok-pokok durian tumbuh dengan banyaknya dan menghasilkan buah yang berkualiti.

Tinjauan Perak Kini mendapati sekarang ini adalah musim buah durian sedang luruh. Ramai pekebun sudah memunggut buah durian di jual kepada peraih. Antara peraih yang sejak puluhan tahun dahulu menjadi pilihan pembeli ialah Encik Zakaria Razak atau dikenali di Batu Kurau sebagai Pak Keria.

Pak Keria menjadi pilihan pembeli dan peminat durian adalah kerana beliau menjual buah-buah durian bukan sahaja dengan harga berpatutan tetapi melayani pelanggan dengan memberi buah durian yang terbaik mengikut gred.

Kepada peminat durian yang datang ke Batu Kurau bolehlah pergi ke gerai jualannya di tepi lampu isyarat Batu Kurau, berhadapan dengan pengkalan teksi. Untuk membuat tempahan boleh hubungi 0146723680

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *