DUSUN AZURIN TAWAR PAKEJ MAKAN DURIAN SAMPAI KENYANG DALAM KEBUN SERENDAH RM30

BUKIT GANTANG, 6 JULAI- Tawaran pakej menikmati buah durian dalam kebun yang diperkenalkan di Kampung Titi Gajah, Changkat Ibol disini telah menjadi tarikan penggemar raja buah sekaligus meningkatkan pendapatan pekebun.

 

Pekebun durian, Azurin Abdul Wahab, berkata, sejak memperkenalkan pakej itu, hasil jualan durian di kebunnya telah meningkat berkali ganda.

 

“Pelanggan yang datang kesini perlu membuat tempahan terlebih dahulu iaitu minimum 10 orang untuk satu pakej bagi tujuan penyediaan makanan dan minuman sepanjang mereka berada dikebun.

 

” Kelebihan disini pelanggan dapat mengutip sendiri durian yang luruh serta dapat menikmati secara santai didalam suasana kebun” katanya ketika ditemui pemberita.

 

Sementara itu, seorang pengunjung Faizal Musa dari Rawang berkata, menikmati durian didalam kebun lebih nikmat berbanding makan dirumah.

 

“Saya bersama Kelab Kuda Liar Bikers Kuala Lumpur datang kesini untuk menikmati durian segar yang baru dikutip. Bukan itu sahaja makanan dan minuman turut disediakan seperti pulut durian, mee segera, pengat durian, cendol durian serta nasi lemak yang termasuk didalam pakej ini”, ujar beliau kepada pemberita.

 

 

Untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej yang disediakan boleh menghubungi di talian 010-5636873.

 

Disediakan oleh Azizi Latif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *