collapse
Home / BISNES / Gazebo Abang Nash RTC Gopeng: Lokasi, Menu Berlauk & Waktu Operasi

Gazebo Abang Nash RTC Gopeng: Lokasi, Menu Berlauk & Waktu Operasi

27-Sep-2025  Mohd Azizi Abdul Latif  549 views
Ringkasan

Gazebo Abang Nash RTC Gopeng terletak di RTC Gopeng, Perak. Berdasarkan info rasmi TikTok @gan.rtcgopeng, operasi terkini ialah 10 pagi hingga 10 malam, dibuka setiap hari kecuali Rabu. Tempahan pantas boleh dibuat melalui WhatsApp 011 1685 8009.

GOPENG - Gazebo Abang Nash (GAN) secara rasminya telah membuka cawangan yang ke-5 setelah cawangan GAN Kampung Seri Rahmat, Botani, Tasek Cermin, Seri Iskandar dan terkini RTC Gopeng.

 

Terletak di RTC Gopeng serta bersebelahan Rehat dan Rawat (RNR) RTC Gopeng pastinya menyajikan panorama kehijauan serta menjanjikan makanan dan minuman yang terbaik untuk setiap pelanggan yang hadir.

 

Majlis pembukaan telah dirasmikan pemilik GAN, Nasharudin Kanesh Abdullah bertempat di Pusat Transformasi Luar Bandar @ Rural Transformation Center (RTC) Gopeng pada petang Khamis.

 

Turut hadir perasmian tersebut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Wong Chai Yi, Yang Dipertua Majlis Batu Gajah, Muhamad Razif Ramli serta anak-anak yatim Darul Hikmah.

 

Nasharudin berkata, selepas 14 tahun beroperasi ini adalah cawangan ke-5 pada tahun ini dan setiap cawangan memiliki keistimewaannya tersendiri dari segi menu dan juga konsep kedai.

 

''Cawangan di RTC Gopeng adalah gabungan kesemua cawangan terdahulu dari segi menu yang ditawarkan, namun buat pertama kalinya GAN akan memperkenalkan menu berlauk untuk juadah tengahari hanya disini sahaja.

 

"Bakal beroperasi pada hari Sabtu ini, 27 September 2025 bermula jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang selama sebulan dan kemudiannya waktu operasi akan dilanjutkan sehingga pukul 12.00 malam," ujar beliau kepada Perak Kini.

 

Beliau turut menambah, sempena pembukaan ini setiap pelanggan dengan sebarang nilai pembelian akan mendapat baucar percuma minuman 'White Coffee' yang menjadi minuman 'signature' setiap cawangan kafe GAN.

 

Maklumat Gazebo Abang Nash RTC Gopeng

Gazebo Abang Nash RTC Gopeng merupakan cawangan ke-5 rangkaian restoran Gazebo Abang Nash di Perak.

Lokasi ini terletak di kawasan RTC Gopeng dan menjadi antara pilihan pengunjung yang melalui laluan Ipoh-Gopeng.

Lokasi

RTC Gopeng, Perak.

Waktu Operasi

Pengunjung disarankan merujuk halaman rasmi Gazebo Abang Nash bagi mendapatkan waktu operasi terkini kerana ia boleh berubah dari semasa ke semasa.

Menu

Gazebo Abang Nash terkenal dengan pelbagai pilihan makanan dan minuman yang menjadi tarikan pelanggan di cawangan-cawangannya di Perak.

Soalan Lazim (FAQ)

Di manakah lokasi Gazebo Abang Nash RTC Gopeng?

Gazebo Abang Nash RTC Gopeng terletak di kawasan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng, Perak. Lokasi ini mudah diakses oleh pengguna yang melalui laluan Ipoh-Gopeng serta pengunjung yang singgah di kawasan RTC.

Lokasi : 

https://maps.app.goo.gl/4iNwJuG8bTHoza7eA


 

Adakah ini cawangan baharu?

Ya. Ia merupakan cawangan ke-5 Gazebo Abang Nash.

Bagaimana mendapatkan maklumat terkini?

Pengunjung boleh merujuk saluran media sosial rasmi Gazebo Abang Nash untuk maklumat terkini berkaitan operasi dan promosi.

Maklumat Terkini Gazebo Abang Nash RTC Gopeng

Bacaan Berkaitan


Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.