Gulai kawah istimewa sempena majlis kesyukuran anak perantauan Besut dan raikan anak yatim

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Persatuan Anak-Anak Besut D’Perak berjaya mengumpulkan kira-kira 2,000 orang anak-anak perantauan dari Terengganu dan Kelantan pada satu majlis kesyukuran anjuran mereka yang diadakan di Tanjung Rambutan, baru-baru ini.

Sebanyak empat kawah gulai dengan dua setengah ekor lembu disediakan kepada tetamu yang hadir pada majlis berkenaan.

Selain itu, turut diselitkan program ini turut meraikan anak-anak dari Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Zakat Baitul Mubaroqah serta penyampaian sumbangan kepada mereka daripada ahli-ahli persatuan berkenaan.

Pengerusi Anak-Anak Besut D’Perak, Mohd Sharmizi Mohd Nor berkata program ini adalah kali kedua diadakan selepas yang pertama pada 2021.

               Mohd Sharmizi Mohd Nor

Menurutnya, melalui pertemuan ini anak-anak perantauan khususnya dari Terengganu dan Kelantan dapat bertemu serta merapatkan silaturahim antara satu sama lain.

“Ramai yang sudah tinggalkan kampung halaman, jadi mana ada di Perak sudah dianggap seperti saudara untuk meminta tolong semasa memerlukan bantuan,” katanya.

Sebahagian anak-anak perantauan Terengganu dan Kelantan yang hadir pada program berkenaan. 

Sementara itu, menyentuh mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi, beliau menegaskan persatuan tersebut tidak terlibat dengan mana-mana parti politik.

“Persatuan kita tidak mencampuri urusan politik. Ahli kita ada pelbagai parti. Kita tidak mahu ada pemisahan dari segi politik tapi kita yakin anak-anak Besut ada pilihan yang terbaik masing-masing dan untuk pilihan raya nanti.” “Kita serahkan kepada kebijaksanaan masing-masing untuk memilih siapa yang akan mentadbir negeri Terengganu.

“Saya menyeru anak-anak Besut di Perak bila hari mengundi nanti kita balik membantu memilih kerajaan terbaik di Terengganu. InsyaALLAH kita akan plan untuk berkonvoi balik mengundi untuk perjalanan pergi dan balik selamat,” jelasnya.

#PerakKini #gulaikawah #Terengganu #Kelantan #anakyatim #RBZ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *