Henti keluar, kongsi kenyataan sentuh sensitiviti kaum, agama – KP

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang dikesan mengeluarkan kenyataan- kenyataan menyentuh sensitiviti agama atau kaum yang mengganggu gugat keselamatan serta ketenteraman negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan media petang tadi berkata setakat ini tahap keselamatan semasa adalah terkawal dan polis memberikan komitmen untuk memastikan penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan secara berterusan demi memastikan keselamatan kekal terjamin.

“Justeru, masyarakat dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan atau berkongsi kenyataan-kenyataan yang mampu menjejaskan keharmonian kaum atau membangkitkan kegusaran awam.

“Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai sebarang tindakan sedemikian boleh menyalurkannya ke balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut,” tegasnya.

#PerakKini #PDRM #henti #hasut #sensitiviti #agama #RBZ

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *