HOTEL CASUARINA@MERU MENYAJIKAN BUFET “SYURGA RASA RAMADAN 2025”
IPOH – Lebih daripada 100 jenis hidangan istimewa yang menggabungkan keunikan masakan Malaysia bakal disajikan oleh Hotel Casuarina@Meru (HCM) bermula dari 3 Mac sehingga 28 Mac 2025.
Bufet Ramadan disini sering kali menjadi pilihan utama bagi pengunjung yang mencari pengalaman berbuka puasa yang sukar dilupakan di Bandaraya Ipoh.
Pusat Konvensyen Casuarina menjadi lokasi yang ideal untuk berkumpul dan berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan kapasiti sehingga 1,000 tetamu pada satu masa.
Suasana yang luas dan selesa dapat memastikan setiap tetamu menikmati sajian tanpa sesak dan terganggu.
Yang lebih istimewa HCM turut menyediakan imam bagi solat Tarawih serta kemudahan lain seperti tandas yang selesa, ruang parkir yang luas dan percuma termasuk parkir khas berkeluarga dan Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas.
Majlis previu Ramadan HCM telah disempurnakan oleh Pengurus Besar HCM, Sabrina Ahmad Tah diiringi Ketua Chef HCM , Muhammad Fariz Abdul Lateh bersama Chef Daud Ariffin dan Chef Hafizan Abdul Aziz bertempat di Coffee House HCM pada Khamis.
Sabrina berkata, “Kami meraikan kedatangan Ramadan dengan semangat kebersamaan serta berusaha untuk mencipta momen yang bukan sekadar menambat rasa.
“Dengan bufet ‘Syurga Rasa Ramadan’ ini, kami ingin para pelanggan merasai kehangatan dan kekayaan tradisi Malaysia melalui setiap suapan”.
Fariz menambah, “Kami berbangga dapat menawarkan pilihan yang banyak dan pelbagai menu daripada tradisional hingga kontemporari dan setiap juadah disajikan dapat mengimbau Ramadan yang indah”.
Bakal menggamit selera ‘Syurga Rasa Ramadan’ kali ini adalah Kibas Panggang, Bubur Lambuk Tulang Kambing, Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak, Kambing Gulai Kawah, Daging Dendeng, Ayam Golek Pandan serta pelbagai jenis juadah istimewa.
Hidangan panas dari gerai makanan turut disediakan seperti Shawarma Ayam, Pasembur, Nasi Mandy Tulang Kibas, Ipoh Char Kuey Teow dan sebagainya.
Bufet yang ditawarkan bermula dari RM 58.00 sehingga RM 88.00 dan kanak-kanak dibawah umur 5 tahun tidak dikenakan sebarang bayaran.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan HCM boleh mengunjungi di laman web: www.casuarinahotels.com.my