THE HOST HOTEL ANJUR TARIAN SINGA SEMPENA TAHUN BAHARU CINA 2025
IPOH – Tarian singa atau “wu shi” dalam bahasa Mandarin boleh dianggap sebagai antara pelengkap sambutan Tahun Baharu Cina kerana kaum Tionghoa percaya tarian itu membawa tuah kepada mereka jika persembahan diadakan di kediaman atau premis perniagaan masing-masing.
Diiringi paluan gendang dan gong serta lagaan simbal, penari-penari di sebalik kostum singa atau naga menunjukkan ketangkasan melakukan pelbagai aksi akrobatik yang sering memukau perhatian penonton serta pengunjung.
The Host Hotel (THH ) telah menganjurkan tarian singa yang sinonim dengan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina, tanpa persembahan tersebut ianya seakan-akan hambar kerana mengikut kepercayaan kaum Cina tarian ini mampu membawa tuah dan kekayaan selain membuang semangat jahat pada tahun baharu.
Kemeriahan persembahan tersebut turut dihadiri Pengurus Besar THH, Peggie Ng , Eksekutif Pemasaran dan Jualan,Juliana Zalezan serta para tetamu bertempat di Lobi Utama THH pada hari ini.
Peggie berkata,” Setiap pelanggan THH akan mendapat petak kenderaan percuma jika berkunjung disini dan jika bermalam disini pelanggan dapat pergi ke ‘Gerbang Malam’ tempat pelancongan popular di Ipoh dengan hanya berjalan kaki yang memakan masa 5 minit sahaja.
“Terdapat 50 buah bilik tersedia di TTH iaitu ‘Standard Room’, ‘Deluxe Room’, ‘Junior Suite’ dan juga ‘Apartment Suite’.
“Setiap bilik dibekalkan dengan seterika dan apa yang lebih penting air yang digunakan untuk setiap bilik menggunakan sistem tapisan untuk tahap air yang terbaik”,ujar beliau kepada Perak Kini.