Isu tafsir ayat Al-Quran: Howard Lee beri keterangan kepada polis Selasa depan
GOleh Rosdalilah Zahari
IPOH – Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How yang didakwa membuat tafsiran sendiri ke atas ayat Al-Quran baru-baru ini akan memberi keterangan kepada pihak polis berhubung perkara itu di Ipoh pada Selasa.
Beliau menjawab perkara tersebut secara ringkas menerusi aplikasi WhatsApp selepas ditanya oleh wartawan malam tadi.
Bagaimanapun, Howard Lee tidak memaklumkan lokasi sebenar secara terperinci.
Beliau memaklumkan perkara itu secara ringkas melalui aplikasi WhatsApp selepas ditanya oleh wartawan malam tadi.
Bagaimanapun, Howard Lee tidak memaklumkan lokasi sebenar secara terperinci.
“Polis sudah menghubungi saya dan saya akan memberikan kenyataan pada tengah hari Selasa,” jawabnya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp pada Ahad.
Sebelum ini, Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Hafez Sabri menyelar tindakan Howard Lee yang disifatkan sebagai kurang ajar serta mendakwa Ahli Parlimen Ipoh Timur itu mentafsir serta memutarbelit tafsir ayat 59, surah An-Nisa yang dimuat naik dalam akaun TikTok milik pemimpin DAP itu.
Jumaat lalu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri memaklumkan bahawa kes itu diserahkan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman untuk siasatan lanjut.
Video berdurasi empat minit itu bagaimanapun sudah diturunkan daripada akaun TikTok Howard Lee.
#PerakKini #PDRM #DAP #tafsir #AlQuran #RBZ