Perak dijangka buka kawasan industri baharu di Bagan Serai, Parit Buntar bantu atasi kesesakan di Pulau Pinang

Foto Ihsan Pejabat Menteri Besar Perak

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH – Kerajaan Negeri Perak dijangka membuka kawasan perindustrian baharu di utara negeri terutama Bagan Serai dan Parit Buntar.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohammad berkata pembukaan pusat perindustrian itu bakal dilaksanakan kerana terdapat permintaan tinggi daripada pelabur yang sedang giat membina kilang-kilang baharu di Seberang Prai dan Bayan Lepas, Pulau Pinang.

“Mereka (Pelabur) hendak membesarkan kilang perusahaan mereka (di Pulau Pinang) namun tidak cukup tanah untuk berbuat demikian.

“Sehubungan itu, mereka meminta kita untuk menyediakan tapak perindustrian bagi membolehkan mereka memperkembangkan perusahaan mereka di sebelah utara Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Noor Azman Ghazali (PN-Alor Pongsu) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini, pada Isnin.

#PerakKini #SidangDUNPerak #MenteriBesar #RBZ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *