JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PARLIMEN BUKIT GANTANG DISAMBUT MERIAH
BUKIT GANTANG – Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2025 dan Majlis Silaturahim Parlimen Bukit Gantang telah disambut meriah dengan kehadiran melebihi 3,500 orang sebagai tanda sokongan dan penghargaan terhadap pimpinan masyarakat.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato’ Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal bertempat di Pusat Khidmat PO59, Kampung Benggali pada malam tadi.
Syed Hussin berkata, kehadiran tetamu adalah diluar jangkaan.
“Pada malam ini saya mengadakan jamuan Hari Raya Aidilfitri bagi menghargai pengundi dan masyarakat disini”.
“Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran orang ramai yang begitu luar biasa dan saya akan sentiasa memberikan khidmat yang terbaik khususnya untuk pengundi-pengundi di Parlimen Bukit Gantang,” ujar beliau kepada Perak Kini.
Pelbagai juadah istimewa turut disediakan diantaranya nasi arab, kambing bakar, sate, lemang, ketupat serta beraneka jenis minuman dan makanan untuk para tetamu menjamu selera.
Sempena majlis tersebut, beliau juga turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak, ibu tunggal serta golongan asnaf.