KESAVAN KEMUKA RAYUAN KEPADA JPP SELEPAS KEPUTUSAN PEMILIHAN PKR 

SUNGAI SIPUT- Keputusan mengemukakan rayuan rasmi kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) berhubung keputusan pemilihan parti Cabang Sungai Siput telah dilakukan oleh Ahli Parlimen Sungai Siput, Kesavan Subramaniam yang telah berlangsung pada Ahad lepas.

 

Rayuan tersebut dibuat susulan kekalahannya kepada Novinthen Krishnan dengan majoriti tipis 32 undi selepas memperoleh 357 undi berbanding 389 undi yang diraih pihak lawan.

 

Menurut Kesavan, beberapa insiden dan keraguan yang berlaku sepanjang proses pengundian mendorongnya mengambil langkah tersebut demi memastikan integriti pemilihan parti terus terpelihara.

 

“Sejak keputusan pemilihan Cabang Sungai Siput diumumkan, saya telah dihubungi oleh anggota cabang khususnya lebih 600 anggota yang mengundi mempersoalkan ketelusan proses pemilihan tersebut.

 

 

“Berdasarkan kepada pola pengundian yang agak pelik dan jelas wujud manipulasi undi yang saya peroleh dan calon Timbalan Ketua Cabang pasukan saya,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

 

Kesavan berkata, diharap semua penyokong pihaknya dapat bersabar sementara dan yakin dengan proses rayuan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *