KHIDMAT BANTU PESAKIT STROK

Oleh Deen Ibn Ameen

TAIPING : Keupayaan untuk melakukan aktiviti harian mungkin akan berkurangan selepas sesuatu kecederaan, penyakit atau setelah menjalani pembedahan. Penyakit seperti strok boleh megubah kehidupan seseorang dan menjadi suatu pengalaman yang sukar bukan hanya kepada pesakit, malahan juga kepada ahli keluarga.

Atas dasar itu, Pusat Jagaan Harian dan Fisioterapi Taiping ditubuhkan pada 1 Februari yang lalu dan mempunyai pasukan perubatan yang berdedikasi tinggi serta merangkumi pelbagai program perubatan rehabilitasi, termasuk rehabilitasi, neurologi, spinal, pediatrik, amputi dan Geriatric.

Menurut Pengurus dan Fisioterapi pusat berkenaan, Solehah Rosli, “Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi tahap kefungsian dan kebolehupayaan seseorang pesakit seperti faktor individu dan persekitaran.

“Rehabilitasi adalah merupakan suatu proses untuk membantu seorang pesakit untuk pulih selepas kecederaan atau penyakit. Proses rehabilitasi merangkumi penjagaan, rawatan dan sokongan yang diperlukan untuk membolehkan seseorang pesakit mencapai tahap keberdikarian yang semaksima mungkin.

“Pasukan multidisiplin kami dapat membantu pesakit-pesakit seperti mencuci luka, menukar tiub kencing, menukar tiub makanan
rawatan Fisioterapi, rawatan rohani dan lain-lain lagi. Kami menawarkan penjagaan kepada 12 pesakit sahaja pada satu-satu masa bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada mereka.

Beliau menambah, “Dalam proses rehabilitasi, kami menyedari bahawa setiap individu adalah unik.Sehubungan dengan itu, perancangan rawatan rehabilitasi untuk setiap persakit adalah berbeza di mana matlamat rawatan yang realistik akan ditentukan selepas penilaian menyeluruh dilakukan dengan mengambil kira keperluan dan keupayaan seseorang pesakit.

“Pakar Rehabilitasi kami akan memantau program terapi anda dan kemajuan yang dicapai bersama-sama dengan anggota multidisiplin yang lain. Di samping itu, jururawat terlatih kami sentiasa bersama-sama dalam memberikan perkhidmatan kejururawatan yang terbaik semasa pesakit berada di pusat jagaan kami,” katanya.

Jika anda tercari-cari pusat penjagaan yang terbaik di Taiping, sila hubungi talian atau Whatsapp di 014-6049388 dengan segera kerana tempat adalah terhad dan dibuka kepada Muslim sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *