TUNTUTAN PERKESO: JANGAN GUNA ORANG TENGAH

PARIT BUNTAR-Seorang penganggur telah didakwa di Mahkamah Majistret Parit Buntar atas pertuduhan membuat tuntutan palsu bagi kes kemalangannya pada 29 Jan 2017.
P.Saarvin,24 tahun yang berasal dari Nibong Tebal membuat pengakuan tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan keatasnya dibacakan.
Tertuduh didakwa dihadapan Majistret mengikut Seksyen 93(a),Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969,(Akta 4) yang boleh dihukum dibawah Seksyen 93,akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, Saarvin telah membuat pernyataan palsu kepada Perkeso dimana beliau menyatakan telah terlibat dalam kemalangan jalanraya pada 29 Jan 2017 lalu pada 6.30 petang di Jalan Ooi Kar Seng,Nibong Tebal sewaktu dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.
Bagaimanapun, siasatan lanjut telah dibuat oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) apabila tuntutan tersebut meragukan dan Saarvin telah menukar pengakuannya bahawa pada hari kejadian beliau pergi menonton satu perlawanan bolasepak di Taman Sentosa, Nibong Tebal dan telah terlibat dalam kemalangan jalanraya.
Saarvin telah dibenarkan ikat jamin sebanyak RM1,000 dan kesnya akan disebut semula pada 27 Julai 2020.
Pengurus Perkeso Taiping Tunku Shahrain Tunku Salehan berkata, antara faktor yang menyebabkan kes ini didakwa adalah kerana penggunaan (Orang Tengah) yang tidak bertanggung jawab.
“Saya meminta kepada mana-mana pekerja atau majikan mendapatkan khidmat nasihat dari Pejabat PERKESO bagi mengelakkan kes tuntutan palsu ini berulang lagi pada masa hadapan,”katanya.
Katanya, disamping itu juga perkhidmatan yang diberikan oleh PERKESO adalah percuma dan secara tidak langsung memudahkan banyak pihak untuk berurusan dengan Perkeso.
