Kilang sisa pepejal guna teknologi German

Oleh HJ AMIR HASHIM

SELAMA– Projek merekabentuk, membina, kewangan dan operasi kilang sisa pepejal dengan menggunakan teknologi German sasarannya kepada semua majlis daerah dan majlis perbandaran Perak akan menjimatkan kos operasi masing- masing.

Perkara itu diberitahu oleh Pengerusi syarikat YCB Holding ( M) Sdn Bhd, Encik Yaakop Daut dalam sesi pembentangan kertas kerja dan taklimat cadangannya untuk membina sebuah kilang sisa pepejal membabitkan kos ratusan juta ringgit di daerah Larut, Matang dan Selama dan daerah Kerian, jika diluluskan oleh Kerajaan Perak.

Sebelum ini, Encik Yaakob sudah pun berjumpa dan berbincang mengenai perkara itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pelancongan Perak, Dato’ Nolee Ashilin Dato’ Mohd Radzi pada 23 Mac 2021 dan 23 November, 2021.

Menurut Encik Yaakop, jika terbinanya kilang sisa pepejal d daerah Larut Matang dan Selama Perak adalah yang tercanggih menggunakan teknologi German dan buat pertama kalinya di Malaysia dan rantau Asean menggunakan teknologi German

Mechanical-Biological Treatment ( MBT) jika ia berjaya sebagai model di seluruh negara.

Encik Yaakob berkata, Dato’ Nolee Ashilin bersetuju di segi dasarnya konsep dan teknologi dari German itu ditransformasi kepada semua majlis daerah dan majlis perbandaran di Perak.
Dato’ Nolee menasihatkan beliau, berjumpa dan berbincang terus dengan Pihak Berkuass Tempatan ( PBT) di setiap daerah.

Sementara itu, Majlis Daerah Selama ( MDS) mengalu-alukan syarikat YCB HOLDING (M) Sdn Bhd mendirikan kilang sisa pepejal menggunakan teknologi dari German, Mechanical , Biological treatment (MBT) di Alor Pongsu.

Yang Dipertuanya, Encik Nor Akmal Yang Ghazali berkata, kilang terbabit memberi kemudahan kepada MDS dan Majlis Daerah Kerian (MDK) melupuskan bahan sisa pepejal mereka di kilang berkenaan.

Menurutnya, pihaknya berpuas hati dengan taklimat yang disampaikan oleh YCB Holding dan memberikan proposal yang mantap sekali.

Yang Dipertua Majlis Daerah Selama, Encik Nor Akmal Yang Ghazali mempengerusikan majlis taklimat pembentangan kertas cadangsn merekabentuk, membina, kewangan dan operasi kilang sisa pepejal menggunakan teknologi German di daerah Selama, Perak di bilik mesyuarat aras dua, Maklis Daerah Selama semalam.
Pengerusi YCB Holding ( M) Sdn Bhd, Encik Yaakop Daut ( Kiri) menyerahkan Kertas Cadangan membina Kilang sisa pepejal bagi daerah Selama kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Selama ( MDS), Encik Nor Akmal Yang Ghazali di bilik mesyuarat aras dua di MDS dengan disaksikan oleh Pengarah Komunikasi dan Korporat YCB Holding, Haji Amir Hashim Yot ( tengah) dan pegawai- pegawai kedua- dua belah pihak.
Dato’ Nolee ( tiga dari Kiri) bersama kumpulsn pengurusan YCB Holding ( M) Sdn Bhd dalam Satu prrjumpasn dan perbincangsn batu- baru ini.

Katanya, pihak YCB mempunyai proposal yg memuaskan kerana mampu menyelesaikan masaalah sisa pepejal di daerah ini bermula daripada pungutan hingga kepada pelupusan.

Encik Akmal berkata dengan pembinaan kilang sisa pepejal di Alor Pongsu akan memberi kemudahan MDS dan MDK melupuskan bahan sisa pepejal d situ.

Dalam sesi pembentangan dan taklimat itu, Encik Yaakop Daut berkata, pihaknya boleh menjimatkan kos MDS dalam operasinya dan dapat menjana pendapatan MDS melalui perkongsian keuntungan korporat.

Di segi dasarnya Encik Yaakop bersetuju mendirikan sebuah kilang bersekala kecil membabitkan kos lebih Rm3 juta (Tiga juta ringgit ) di Alor Pongsu bagi kemudahan dua daerah, MDS dan MDK melupuskan sisa pepejal masing-masing di situ.

Encik Yaakop smat memahami setiap syarikat yang berminat melabur dengan membina kilang sisa pepejal mestilah memberi keuntungan kepada kedua- dua belah pihak.

Beliau menjelaskan ada beberapa cadangan termasuklah YCB Holding akan memajak tanah PBT 10 ekar sehingga tamat tempoh konsesi selama 30 tahun. YCB akan bayar sewa pajakan Rm 300,000 setahun.

Katanya, selepas menandatangani perjanjian dalam tempoh 45 hari YCB akan bayar sewa pajakan untuk 10 tahun pertama sebanyak Rm 3 juta dan beri 10% keuntungan kepada PBT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *