KONSEP HIDANGAN INDIVIDU HANYA DI BIRDIE BITES @ DRIVING RANGE

IPOH – Mencari suasana nyaman , selesa serta mempunyai tarikannya tersendiri sering menjadi kriteria utama selain daripada harga yang ditawarkan untuk berbuka puasa bersama keluarga mahupun sahabat taulan.

 

Kini terdapat satu tempat menarik pastinya bakal membawa kenangan yang tidak dapat dilupakan hanya di Birdie Bites @ Driving Range ( BBDR ).

 

Menariknya untuk iftar Ramadan pelanggan akan disediakan dengan konsep hidangan individu sambil merasai sendiri suasana latihan pemain golf yang terdapat disini.

 

Menurut pemilik BBDR Norliza Samad berkata, konsep disini adalah hidangan individu dan turut menyediakan 10 jenis menu tambahan tanpa had untuk para pelanggan yang berbuka puasa disini.

 

” Menu utama disini adalah ayam bakar ,10 jenis lauk kampung serta pelbagai manisan dan bubur yang disediakan khas oleh chef yang berpengalaman masakan negeri Perak.

 

“Saya menjemput orang Perak serta orang Ipoh datang kesini untuk merasai masakan negeri Perak sambil melihat pemandangan orang bermain golf,” ujar beliau kepada Perak Kini pada malam tadi.

 

Harga ditawarkan bermula dari RM29.90 bagi kanak-kanak dan RM39.90 untuk dewasa dan dibuka dari jam 6.00 petang sehingga 9.30 malam sepanjang bulan Ramadan.

 

Surau serta kemudahan awam lain turut tersedia dan tempat meletak kenderaan adalah percuma.

 

Untuk tempahan dan pertanyaan boleh menghubungi ditalian 012-5002724.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *