MEMORI STUDIO JALAN AMPAS TEMA BUFET RAMADAN 2025 DI KINTA RIVERFRONT HOTEL
IPOH – Sebut sahaja Studio Jalan Ampas pastinya akan mengimbau suasana zaman klasik era 60-an dan 70-an serta mengimbau kembali kenangan filem klasik Melayu.
Tahun ini, Kinta Riverfront Hotel dan Suites (KRHS) membawa pengalaman unik dengan dekorasi, props dan hiasan yang menyelami jiwa dizaman kegemilangan Tan Sri P.Ramlee dan filem hitam putih yang mengangkat budaya serta nilai hidup dahulu kala.
Menurut Pengarah Jualan dan Pemasaran KRHS Fadzil Ibrahim, segala kenangan lama dipamerkan disini agar pelanggan merasai suasana dizaman itu seperti lampu minyak tanah, gerobok simpanan makanan,gambar-gambar nostalgia serta pelbagai barangan klasik yang turut dipamerkan.
“Apa yang lebih menarik kopi dan teh menggunakan cerek klasik serta menggunakan dapur arang yang sinonim dengan zaman dahulu.
“Menu utama disini adalah kambing panggang, daging bakar Dannok serta aiskrim berjenama ‘Baskin Robbin’ serta pelbagai menu istimewa yang disediakan”, ujar beliau kepada Perak Kini di Riverview Coffee House pada malam tadi.
Tarikh bufet Ramadan bermula dari 3 Mac sehingga 29 Mac 2025 bermula dari jam 6.00 petang sehingga 10.30 malam.
Harga bermula serendah RM68.00 untuk kanak-kanak, RM108.00 untuk warga emas dan RM128.00 untuk orang dewasa.
Untuk keterangan lanjut serta tempahan boleh menghubungi di talian 012-9515423.