KPDN Perak rekod rampasan RM2.71 juta, kes seleweng diesel yang tertinggi

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail pada sidang media ketika menghadiri Program Raikan Kemeriahan Aidilfitri Bersama Komuniti Pengguna Perak dan Rakan Strategik KPDN di Bangunan Persekutuan di sini, hari ini.
Oleh Rosdalilah Zahari
IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak merekodkan rampasan bernilai RM2.76 juta membabitkan 341 kes sejak Januari sehingga 14 Mei tahun ini.
Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata jumlah itu lebih tinggi berbanding tahun lalu yang hanya mencatatkan nilai rampasan sebanyak RM2.05 juta bagi tempoh Januari hingga Disember 2022.
Menurutnya, sebanyak 27,878 pemeriksaan premis dilakukan sepanjang tempoh tersebut membabitkan tindakan melalui beberapa operasi antaranya termasuk Ops Pantau 2023, Ops Tiris, Ops Catut, Ops Pasar, Ops Terjah, Ops Suri dan Ops Menu.
“Sebanyak RM239,800 telah dikumpulkan melalui tindakan Kompoun On The Spot (KOTS) ke atasi ndividu dan syarikat perniagaan yang melakukank esalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 serta Akta Timbang dan Sukat 1972.”
Bagi kes denda, sebanyak RM145,000 telahd ihasilkan melibatkan tindakan kes mahkamah oleh KPDN Ipoh dan KPDN Cawangan Tapah,” katanya.
Beliau berkata kepada media ketika menghadiri Program Raikan Kemeriahan Aidilfitri Bersama Komuniti Pengguna Perak dan Rakan Strategik KPDN di Bangunan Persekutuan di sini pada Selasa.
Dalam perkembangan sama, Kamalludin berkata nilai rampasan bagi diesel bersubsidi adalah sebanyak RM577,087 dengan 275,111 liter dirampas iaitu yang paling tinggi dicatatkan bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini.
“Berbanding 109,786 liter diesel berjaya dirampas KPDN Perak dengan nilai rampasan sebanyak RM315,650 sepanjang tahun 2022,” jelasnya.
Katanya, Ipoh dan Manjung antara yang mencatatkan kes tertinggi membabitkan kegiatan sindiket penyelewengan diesel bersubsidi.
“Sehubungan itu, KPDN akan sentiasa menjalankan risikan selain cakna dengan maklumat orang ramai berhubung kegiatan tersebut.
“Kita akan ada meningkatkan lagi pemantauan serta mengadakan operasi dari semasa ke semasa bagi membendung kegiatan ini dari terus berleluasa,” katanya.
#PerakKini #KPDN #rampasan #RBZ
